Friday, November 26, 2010

Tutorial Bermain Guitar #1 Pengenalan/Kos

Salam,

Mesti ramai yang berminat nak belajar main guitar kan? Baik mengaku cepat. Haha.
Mungkin ada yang berminat tapi tak mampu nak tanggung kos pembelajarannya yang mahal. 
Kalau belajar dekat Yamaha pun yuran dia lebih kurang RM100 sebulan. Kelas seminggu sekali. Satu session 45 minit. 

Kalau nak jimat, baik belajar sendiri, atau pun dengan kawan. Tak gitu? Bebas pun bebas, tak ada terikat dengan jadual, seminggu sekali.

Guitar ada banyak jenis, antaranya

Electric Guitar

Bass Guitar, 4 String

Acoustic Guitar

Classical Guitar


Biasanya, orang belajar Guitar Acoustic dulu. 
Kepada sesapa yang berminat nak belajar guitar dan beli guitar, Mr Ska cadangkan supaya beli guitar acoustic dulu. Kalau tak berapa nak berkemampuan, beli guitar murah je dulu dah cukup.

Ramai orang kata, guitar murah ni sangatlah tak sedap bunyinya. Memanglah tak sedap, sebab dorang pakai tali murah. Kalau nak bunyi guitar sedap, beli yang mahal tali dia. Biar harga guitar murah, janji harga tali mahal dan branded. Anggaran, RM160 dah dapat guitar yang bagus.
Anggaran,

Guitar          = RM 100. Cari je apa-apa brand dulu. Sakura contohnya. 
Tali Guitar    = RM 50. Biar mahal dekat tali, cari brand-brand yang berkuali. Mr Ska 
                      cadangkan korang beli  Elixir. 
                      Elixir memang product yang dipercayai dekat Amerika. Berkuali.
Pick Guitar  = RM 3. Cari yang ikut keselesaan. Yang RM 1.50 pun ade. 
                      Terpulanglah nak beli yang mana.



Guitar Pick

Anggaran tadi tak termasuk dengar Guitar Case dengan Tuner lagi. 

Kalau ada duit lebih, beli case guitar sekali. Senang nanti nak bawak kemana-mana. Anggaran RM45
Tapi kalau nak yang lagi berkuali. Beli Guitar Hard Case, Anggaran RM250. 
Lagi mahal dari harga Guitar, haha 

Guitar Hard Case

Tuner juga satu benda yang perlu ada. Untuk tune guitar korang. Kalau guitar tak betul tune, macam mana nak belajar kan? Lain lah kalau korang dah reti tune sendiri, tak payah pakai tuner. Cara-cara tune guitar juga mungkin akan diajar pada entry-entry akan datang. So, anggaran bagi tuner, RM50.


Tuner


Selamat Membeli! Haha. 



Tak mustahil korang akan dapat main macam brader dekat atas ni nanti. Hehe.

Kalau ada apa-apa soalan, tanya je dekat Mr Ska :)

Setakat tu dulu untuk Pengenalan dan Kos. Sambung lagi di entry akan datang. 
Follow untuk update terkini :)

Salam,
Mr Ska

5 comments: